Wednesday, July 8, 2009

GURINDAM PELAJAR

Jika anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar.

Jika anda menuntut ilmu,
Jangan sekali berasa jemu.

Jika rajin mengulang kaji,
Mudah jawab apa diuji,

Jika anda hendak berlatih,
Mesti tahan penat dan letih.

Jangan asyik berangan-angan,
Tekun gigih jadi pegangan.

Jika berusaha sambil lewa,
Tak hairan kalau kecewa.

Jika belajar tak jemu,
Banyak ilmu akan ditemu.

Apa gunanya banyak bercakap,
Jika kerja tidak cekap.

Jika suka ponteng sekolah,
Ilmu tidak dapat tentu rugilah.

Berusaha dengan bersungguh-sungguh,
Jangan suka tangguh-tangguh.

Jika tak mahu dengar nasihat,
Apabila besar jadi jahat.

Jika tulisan terang dan bersih,
Hati pemeriksa sayang dan kasih.

Banyak membaca fikiran kaya,
Rajin berusaha pasti berjaya.

Jika tulisan tak boleh dibaca,
Mata pemeriksa akan berkaca.

Masa itu emas dan wang,
Walaupun sedikit jangan dibuang.

Jangan nanti esok lusa,
Masa beredar tanpa dirasa.

Jika leka sering bersuka,
Tidak hairan datang celaka.

Jika rajin membaca buku,
Otak cerdas tidak beku.

Jangan mudah putus asa,
Semua harapan hancur binasa.

Jika anda bekerja kuat,
Banyak perkara boleh dibuat.

Budi bahasa amat berharga,
Tingkah laku wajib dijaga.

Sudah tahu belajar lagi,
Banyak untung tiada rugi.


MAS ADEKI 15 ogos 1992

Dipetik dari:
Seuntai Kasih Secebis Harapan

Thursday, July 2, 2009

30 Jun - Warga SMA kehilangan seorang tenaga pengajarnya apabila ustazah Madihah meletakkan jawatan kerana akan melapor diri untuk bertugas di sekolah lain pada 1 julai.
-
Harap pengganti cepat lapor diri.

Thursday, June 25, 2009

H1N1 Makin Galak

Sekolah diminta menutup aircond, sebaliknya membuka tingkap dan pintu bagi mengelak penularan virus H1N1.
Lihat sini

Sunday, June 21, 2009

H1N1 Serang Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini akan ditutup selama seminggu selepas pelajar tahun lima sekolah itu yang disahkan positif influenza A (H1N1) didapati menyebarkan virus itu kepada dua rakan sekelasnya.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Majlis Keselamatan Negara bersetuju menutup sekolah itu sehingga 26 Jun ini dan kira-kira 2,100 pelajar serta kakitangan sekolah dikuarantin di rumah.
Semua pihak termasuk PIBG diminta berjaga-jaga dengan penularan wabak ini yang sudah menjangkau sebanyak 50 orang sehingga kini.
.
Berita lanjut di sini.

YDP baru dipilih

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dapat berjalan sehingga ke penghujungnya. Mesyuarat ini telah melantik sof kepimpinannya yang baru. Tahniah kepada AJK yang baru dan teruskan perjuangan yang masih panjang. Kepada ajk yang lama, jasa dan pengorbanan anda tidak dilupakan.
.
Gambar dan maklumat lengkap dan rasmi AJK baru sedang ditunggu.

Wednesday, June 17, 2009

Mesyuarat Agong Tahunan PIBG

Mesyuarat Agong PIBG akan diadakan pada hari sabtu ini bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Masjid Saidina Osman bin Affan . Semua ibubapa dijemput hadir.

Monday, June 15, 2009

Mesyuarat AJK PIBG bil 3/2009

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG akan diadakan pada hari esok bertempat di SMA MAIWP. Semoga mesyuarat ini akan menelurkan idea yang bernas dan tindakan yang mantap.
.
Mana2 ahli yang ada cadangan, komen dsb. untuk dikemukakan di dalam mesyuarat boleh memaklumkan kepada ajk. Sila lihat no telefon dan emel dipaparkan di sisi blog ini.

Tuesday, May 26, 2009

Jamuan Meraikan Guru

Penyampaian tanda kenangan oleh TYDP

memotong kek..

ucapan Pengetua


Ucapan YDP

memohon rahmat dan berkat...

Pengacara majlis...

Bersempena dengan sambutan Hari Guru, maka PIBG dan pihak pentadbiran sekolah mengadakan Jamuan Haru Guru kepada semua guru SMA MAIWP pada 23 hb mei baru2 ini. Majlis secara sederhana itu diadakan di sebuah restoran di Jalan Permaisuri 9, Bandar Permasuri.
-
Guru, tanpamu siapalah kami!
-
Kata seorang teman: Untuk rekod, itulah pertama kali semua AJK ibubapa hadir dlm satu majlis, selepas perlantikan AJK Penaja tahun lepas.

Wednesday, May 20, 2009

Gambar Program Sembelihan

Hidangan yang hampir siap


Kipas kuat-kuat!


Nak check, masak ke belum!


Susahnya nak hidupkan bara..


Mengerjakan ayam..

Friday, May 8, 2009

Program Sembelihan

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Program Sembelihan Menurut Syarak pada 9 april, bermula jam 8 pagi. Program ini melibatkan teori dan praktikal, khusus untuk pelajar tingkatan 3. Ibubapa bagi pelajar berkenaan dijemput hadir. Sila bawa bersama segala kelengkapan yang perlu. Maklumat lanjut, sila hubungi AJK PIBG.

Tuesday, April 21, 2009

Ceramah Kesihatan dan Keselamatan

Biro Kebajikan PIBG dengan kerjasama pihak sekolah berjaya mengadakan Ceramah Kesihatan dan Keselamatan Di Sekolah (OSH in School) pada 21 April, jam 3.00-4.00 petang bertempat di Dewan Masoba. Ceramah disampaikan oleh Puan Siti Nurani binti Hassan dari NIOSH, Bangi. Antara yang hadir memeriahkan program ialah Ketua Biro Kebajikan, En Wan Mahmud, Ust Syukri selaku Pengarah Program, GPK 2, Cikgu Nurrizah dan para guru.

Thursday, April 16, 2009

Hari Laporan Prestasi Tingkatan 3

Tarikh: 18 April 2009 (sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 12.00 t/hari
Tempat: SMA MAIWP.

Semua ibubapa berkenaan diharap dapat hadir.

Thursday, April 9, 2009

Apa dah jadi dengan guru dan pelajar ni..

Dua pelajar dan seorang guru ditahan kerana membaling mercun serta botol minuman ke arah polis dalam rusuhan selepas perlawanan .....

baca di sini bh

Mesyuarat AJK

InsyaAllah, mesyuarat AJK PIBG akan diadakan pada hari Khamis, 9 April 2009, jam 5.00-7.00 mlm.

Monday, March 30, 2009

Tahniah! Selamat Datang Warga Baru


Mantan Bendahari PIBG yang juga Guru Penolong Kanan 3 (Kokurikulum) telah selamat melahirkan anak ke 2 pada hari semalam. Pihak PIBG mengucapkan tahniah di atas kelahiran tersebut dan mendoakan semoga beliau dimurahkan rezeki.

PIBG juga mengucapakan tahniah kepada guru-guru dan pasangan guru yang berjaya menambahkan keluarga besar PIBG sebelum ini.
  • GPK 1, Ustaz Tarmizi
  • Ustaz Hafiz
  • Cikgu Roslina
Alfun Mabruk!

*** Gambar di atas sekadar hiasan.

Friday, March 27, 2009

Akhbar lagi..

Untuk kesekian kalinya, akhbar utama digunakan sebagai medium pihak tertentu untuk menyuarakan rasa tidak puas hati. Pelbagai reaksi timbul ekoran tersiarnya aduan tersebut. Namun adakah kita berlaku adil kepada pihak-pihak tertentu apabila melontarkan sesuatu?

Program Motivasi

Pihak sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan program motivasi Saya Boleh Berubah pada 28 Mac ini (Sabtu) bertempat di Dewan MaSOBA.
Program yang diadakan khusus untuk pelajar tingkatan 3 ini akan bemula jam 8.00 pagi dan tamat 5.00 petang.
Program ini akan dikendalikan oleh penceramah jemputan.

Wednesday, March 25, 2009

Wajib Daftar?

Memandangkan semakin banyak komen yang agak pedas dan tidak bernama, maka sebagai langkah berjaga-jaga, pihak kami memohon pandangan para pengunjung (ibubapa terutamanya).
Wajarkah pengunjung pemberi komen diwajibkan mendaftar?

Sila undi di sebelah.

Monday, March 23, 2009

Teman kita

MAIWP BAKAL LAHIR GENERASI ULUL ALBAB

Usaha MAIWP dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan bersahsiah tinggi akan melangkah setapak lagi ke hadapan apabila Sekolah Menengah Imtiaz bakal ditubuhkan di Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat. Sekolah tersebut yang menekankan aspek hafazan Al-Quran dan penekanan kepada ilmu sains dan teknologi selain daripada kurikulum kebangsaan akan dikendalikan oleh MAIWP melalui sebuah yayasan yang dikenali sebagai Yayasan Generasi Gemilang (Y2G).

baca lanjut di http://www.maiwp.gov.my/

Thursday, March 12, 2009

Tempatkan warden tetap di sekolah asrama disokong

KUALA LUMPUR 8 Mac - Cadangan Kementerian Pelajaran untuk menempatkan warden tetap di semua sekolah berasrama penuh mendapat sokongan pihak berkaitan.
Rata-rata mereka menganggap ia langkah tepat yang perlu disegerakan bagi membendung masalah disiplin di kalangan pelajar.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon berkata, ketika ini, tugas sebagai warden asrama dipikul oleh guru yang mempunyai tanggungjawab mengajar.
Sehubungan itu, katanya, pasti sukar bagi mereka untuk mengagih tumpuan menjalankan dua tugas dalam satu masa.
"Dengan wujudnya warden tetap di asrama, guru-guru akan dapat memberi tumpuan penuh pada pengajaran sementara warden pula memantau disiplin pelajar sepanjang masa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nampaknya Cadangan PIBG kita lebih rasional dan advance!

Baca dengan lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm&arc=hive


Baca juga yang ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

Wednesday, January 21, 2009

KEHILANGAN

PIBG kehilangan seorang tenaga penting apabila setiausanya, Cikgu Faridah binti Abu Samah telah berhenti kerja untuk melanjutkan pelajaran.
Seluruh warga PIBG mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya!

Friday, December 19, 2008

DIPERLUKAN SEGERA!

PIBG SMAMAIWP memohon kepada mana-mana ahli yang memiliki AKAUN SEMASA CIMB Bank agar dapat menjadi introducer kepada PIBG.Sila hubungi dengan segera Bendahari PIBG, Cikgu Nurul Huda di talian 014 6442187.

Tuesday, September 23, 2008

Laman SMA MAIWP

Silalah berkunjung ke laman sementara sekolah di http://smamaiwp.blogspot.com/.

Monday, August 18, 2008

SMA-MAIWP Kebanggaan Kami!!!!

SMA-MAIWP Kebanggaan Kami!!!!

# Keistimewaan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) di sebalik kekurangannya.

Semua pelajar SMA-MAIWP sebenarnya BANGGA bersekolah di sini. Pada pendapat mereka, walaupun kemudahan di sini kurang tetapi mereka menyatakan bahawa mereka di sini boleh mendapat didikan agama yang lebih.

# Orang ramai kata guru yang mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab tidak mengajar sepenuhnya di dalam bahasa tersebut.

Kami pelajar SMA-MAIWP bersetuju bahawa cara guru-guru mengajar mencampurkan bahasa yang diajar dengan Bahasa Melayu iaitu secara dwibahasa lebih mudah difahami. Cuba bayangkan guru mengajar bahasa tersebut 100% secara berterusan... Apa yang kami semua FAHAM???

# Baru-baru ini, keluar akhbar menyatakan bahawa kami pelajar SMA-MAIWP pergi ke kelas tuisyen setiap malam. Untuk pelajar lelaki kena berulang-alik dari Darul Kifayah ke sekolah. Akhbar Berita Harian (surat dan e-mel) bertarikh 11 Ogos 2008.

Kenyataan di atas sebenarnya salah. Biar kami terangkan perihal tuisyen yang sebenarnya. Mulanya, ibu bapa yang mencadangkan supaya mengadakan tuisyen. Oleh yang demikian, Pihak JAWI mengarahkan guru-guru membuat tuisyen tersebut iaitu pada hari Sabtu, pukul 8.30a.m-12.30p.m, malam Isnin, Selasa, dan Rabu SAHAJA pada pukul 8.00p.m-10.00p.m. Pelajar perempuan yang harus berulangalik dari asrama ke sekolah memandangkan berdekatan manakala untuk PELAJAR LELAKI pula, mereka hanya perlu tuisyen di asrama mereka sahaja memandangkan jauh dari sekolah. Sekarang ini, kenyataannya siapa yang perlu bersusah-payah? Gurukah atau pelajarkah? Bak kata Nabil, FIKIRLAH SENDIRI!!!

# Pelajar lelaki harus bangun awal pada jam 5.00 pagi dan berulangalik dari Darul Kifayah setiap pagi yang mengambil masa satu jam.

Pelajar perempuan juga harus bangun awal seperti pelajar lelaki tetapi jika hendak dibandingkan pelajar perempuan bangun seawal 4.30pagi untuk bersiap dan jangan salahkan pentadbiran. Inipun atas kehendak mereka sendiri. Memang kami semua pelajar SMA-MAIWP harus awal sedikit berbanding sekolah berasrama yang lain. Ini semua kerana kerana kami harus menaiki bas untuk ke sekolah. Faktor yang menyebabkan pelajar lelaki terpaksa berulangalik ke sekolah pula adalah kerana sekolah ini masih baru dan asrama kami belum siap lagi dibina.

# Kelebihan SMA-MAIWP lebih banyak daripada kekurangannya.

Cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan mana ada asrama dan sekolah yang dilengkapi kemudahan penghawa dingin jika hendak dibandingkan dengan asrama dan sekolah SMA-MAIWP. Selebihnya tuan-tuan dan puan-puan fikirlah sendiri...



Daripada :
Anak@pelajar BERSYUKUR!