Thursday, March 12, 2009

Tempatkan warden tetap di sekolah asrama disokong

KUALA LUMPUR 8 Mac - Cadangan Kementerian Pelajaran untuk menempatkan warden tetap di semua sekolah berasrama penuh mendapat sokongan pihak berkaitan.
Rata-rata mereka menganggap ia langkah tepat yang perlu disegerakan bagi membendung masalah disiplin di kalangan pelajar.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon berkata, ketika ini, tugas sebagai warden asrama dipikul oleh guru yang mempunyai tanggungjawab mengajar.
Sehubungan itu, katanya, pasti sukar bagi mereka untuk mengagih tumpuan menjalankan dua tugas dalam satu masa.
"Dengan wujudnya warden tetap di asrama, guru-guru akan dapat memberi tumpuan penuh pada pengajaran sementara warden pula memantau disiplin pelajar sepanjang masa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nampaknya Cadangan PIBG kita lebih rasional dan advance!

Baca dengan lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm&arc=hive


Baca juga yang ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

2 comments:

alhayi said...

Tahniah dengan komitment mengendalikan blog ini.
Alhamdulillah, dalam pertemuan wakil2 PIBG dengan Y.Bhg Dato' KP pada 10hb yg lalu, hal yang sama turut diutarakan, iaitu menempatkan warden tetap di asrama dan telah mendapat reaksi positif drp beliau.

Anonymous said...

Setakat reaksi je kita tak mau.... yang kita mau adalah tindakan serta merta.... Reaksi kalau ambil masa sampai 4, 5 tahun tak guna juga.