Monday, August 18, 2008

SMA-MAIWP Kebanggaan Kami!!!!

SMA-MAIWP Kebanggaan Kami!!!!

# Keistimewaan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) di sebalik kekurangannya.

Semua pelajar SMA-MAIWP sebenarnya BANGGA bersekolah di sini. Pada pendapat mereka, walaupun kemudahan di sini kurang tetapi mereka menyatakan bahawa mereka di sini boleh mendapat didikan agama yang lebih.

# Orang ramai kata guru yang mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab tidak mengajar sepenuhnya di dalam bahasa tersebut.

Kami pelajar SMA-MAIWP bersetuju bahawa cara guru-guru mengajar mencampurkan bahasa yang diajar dengan Bahasa Melayu iaitu secara dwibahasa lebih mudah difahami. Cuba bayangkan guru mengajar bahasa tersebut 100% secara berterusan... Apa yang kami semua FAHAM???

# Baru-baru ini, keluar akhbar menyatakan bahawa kami pelajar SMA-MAIWP pergi ke kelas tuisyen setiap malam. Untuk pelajar lelaki kena berulang-alik dari Darul Kifayah ke sekolah. Akhbar Berita Harian (surat dan e-mel) bertarikh 11 Ogos 2008.

Kenyataan di atas sebenarnya salah. Biar kami terangkan perihal tuisyen yang sebenarnya. Mulanya, ibu bapa yang mencadangkan supaya mengadakan tuisyen. Oleh yang demikian, Pihak JAWI mengarahkan guru-guru membuat tuisyen tersebut iaitu pada hari Sabtu, pukul 8.30a.m-12.30p.m, malam Isnin, Selasa, dan Rabu SAHAJA pada pukul 8.00p.m-10.00p.m. Pelajar perempuan yang harus berulangalik dari asrama ke sekolah memandangkan berdekatan manakala untuk PELAJAR LELAKI pula, mereka hanya perlu tuisyen di asrama mereka sahaja memandangkan jauh dari sekolah. Sekarang ini, kenyataannya siapa yang perlu bersusah-payah? Gurukah atau pelajarkah? Bak kata Nabil, FIKIRLAH SENDIRI!!!

# Pelajar lelaki harus bangun awal pada jam 5.00 pagi dan berulangalik dari Darul Kifayah setiap pagi yang mengambil masa satu jam.

Pelajar perempuan juga harus bangun awal seperti pelajar lelaki tetapi jika hendak dibandingkan pelajar perempuan bangun seawal 4.30pagi untuk bersiap dan jangan salahkan pentadbiran. Inipun atas kehendak mereka sendiri. Memang kami semua pelajar SMA-MAIWP harus awal sedikit berbanding sekolah berasrama yang lain. Ini semua kerana kerana kami harus menaiki bas untuk ke sekolah. Faktor yang menyebabkan pelajar lelaki terpaksa berulangalik ke sekolah pula adalah kerana sekolah ini masih baru dan asrama kami belum siap lagi dibina.

# Kelebihan SMA-MAIWP lebih banyak daripada kekurangannya.

Cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan mana ada asrama dan sekolah yang dilengkapi kemudahan penghawa dingin jika hendak dibandingkan dengan asrama dan sekolah SMA-MAIWP. Selebihnya tuan-tuan dan puan-puan fikirlah sendiri...



Daripada :
Anak@pelajar BERSYUKUR!

21 comments:

star'z girlzz said...

saya rasa cikgu harus bawa berbincang tentag perkara ini..'biar kita tidak bersetju tapi tetap bersatu'

Anonymous said...

smamaiwp merupakan sekolah terbaik walaupun ada kekurangan.sekolah ini mempunyai murid cermelang dan berakhlak.gurunya yang baik,prihatin dan gemilang.kenapa ibubapa tidak pus hati.kalau anak mereka dihantar ke smk tak taulah apa jadi pada anak mereka

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

lawati smamaiwp.blogspot.com utk berita2 menarik..

Anonymous said...

BINGKISAN BUAT ANAK-ANAKKU..

Wahai anak-anakku!!!!
Jadilah manusia yang sentiasa bersyukur dengan keselesaan dan rezeki yang Allah berikan kepada mu.

Disini aku ingin berkongsi pengalaman hidupku bersama anak-anakku.

Aku adalah seorang insan yang telah dilahirkan lebih 40 tahun yang lalu disebuah perkampungan diutara tanah air.

Kampungku adalah sebuah perkampungan yang daif, dimana hidupku hanya bertemankan lampu minyak tanah dan bermandikan air perigi.

Rumahku sekadar rumah papan beratapkan zink dan rumbia.

Dapur ibuku hanyalah sekadar dapur kayu bertungkukan batu.

Semasa zaman kanak-kanakku, aku tidak pernah kenal apa itu komputer, apa itu telefon dan apa itu hand phone.

Makanan ku hanya sekadar nasi berlaukkan ikan, sekali sekala daging dan ayam bertemankan sayuran. zaman awal remajaku tidak pernah ku merasakan apa itu KFC, Mc Donald, Burgger,Pizza dan entah apa-apa lagi.

Pakaian sekolahku hanya sehelai sepinggang, dipakai pagi dan dibasuh petang.

Kesekolah yang jauhnya hampir dua batu kadangkala ku berjalan kaki, naik bas atau berbasikal pergi dan pulang

Bapaku tidak punya mobil tetapi sekadar miliki Basikal Tua Sudirman.

Aku tidak punya peluang belajar macam kalian yang punya tuition pagi dan petang.

Pagiku disekolah dan petangku membantu bapaku dikebun atau disawah.

Walaupun aku pernah mengharungi liku-liku hidup ini, aku tetap bersyukur. Berkat kesabaran Alhamdulillah aku telah berjaya mencapai cita-citaku dan telah kujejakkan kakiku di Menara Gading lebih dua puluh tahun yang lalu.

Anak-anakku,
Lihatlah kehidupanmu berbanding kehidupanku.

Adakah kemewahan dan kemudahan untukmu masih tidak mencukupi.

Jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah.Moga-moga anak-anakku akan berjaya.

Anonymous said...

mane gambar liga sma maiwp kate ade mane die?wei tahun depan pmr aku paling top kat sekolah nie

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

SEmoga komen yang diberikan adalah membina dengan bahasa yang 'sopan' sebagai seorang islam..

Siapalah kita untuk menilai dan membenci manusia kerana kita semua serupa manusia, hamba Allah yang sama-sama lemah dan satu masa kita akan setaraf di akhirat kelak...

JAngan hanya suka mengomen dan melihat kelemahan orang lain.. orang lain lemah, kitalah harus mambaikinya, itu tanggungjawab,,, satu jari menunding orang lain, 4lagi kearah diri sendiri..

ALANGKAH BAHAGIA DUNIA INI JIKA SEMUA DAPAT HIDUP DALAM KASIH SAYANG 'HANYA KERANA ALLAH'insyaallah,yakin dgn janjiNYA

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hai, macam manalah pelajar-pelajar sma maiwp belajar bahasa melayu di sekolah. Tulis pun malas, guna singkatan sampai tidak boleh dibaca. Gunakan bahasa Melayu yang betul. Tulis pun malas macam mana hendak belajar yang lain-lain.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

assalamualaikum

malam ni saya menonton buletin utama dan pelajar terbaik spm dari maahad muhammadi yang mendapat 20A dalam SPM berkata..kejayaan saya adalah kerana saya senantiasa menyebelahi guru saya..saya sebagai guru tidak pernah berkata saya manusia sempurna..tapi sebagai manusia yang lemah hatinya mudah terguris dan tersentuh. apatah lagi bila membaca komen dari pelajar yang saya rasa pelajar puteri. pada saya ungkapan bahasa anak-anak terlampau merasa diri sempurna.kadang-kadang kita perlu merendahkan hati dan melihat kesalahan diri.saya tidak meminta anak-anak smamaiwp untuk menyanjung terlampau tinggi diri kami guru gurumu yang tak punya apa ini. tapi tidakkah ada sekelumit rasa hormat buat kami gurumu yang tak punya apa ini. Ikhlas dari hati yang terdalam ingin saya bisikkan ke hati anak-anak smamaiwp bahawa anda adalah insan terpenting dalam hidup saya. Pernah seorang sahabat bertanya kenapa saya memilih untuk menjadi guru? Jawapan saya adalah saya jatuh cinta dengan anak-anak sekolah ini. Namun hancur hati bila cinta ini tak berbalas rupanya..malah tak dihargai..Rajuk rasa hati! tapi apalah lamanya rajuk seorang ibu. mungkin hanya seminit dua..minta maaf anak-anakku jika rantai kata ini meluka hati kecil anak-anak. maaf dari saya insan kerdil ini. doa saya hanya yang terbaik untuk anak-anak permata hatiku..barakallahhufikum..

Anonymous said...

assalamualaikum....

sebelum butir bicara di keluarkan...ribuan anpun dan maaf...sye wakil plaja sma-maiwp ign menyuarakan ape yg sdh lama kami pendamkan...mungkin skola mengharapkan yang terbaik utk kami..

kami xnafikan...

sdgkan kami ignkn t'bek tuk kami..

tapi bg kami peluang...


tuk menyuarakan pndpt kami sndr....



pntdbrn sma-maiwp yg agk klm-kabut nie mrgsgkan plbgi phak..


shrsnya bnda nie d'bendung...


kami anak sma-maiwp bkan blagak pndi...



tapi kami pertegakkan hak kami...


sume komen yg di berikan sye stuju sama skali.,...


ribuan maaf di phn pda sumer phak andai ade yg terluka...



sekian...



wakil puteri

Anonymous said...

sesungguhnya kami pelajar putera telah membuat dosa keatas us.kashful.kami masih jahil tentang dunia dan mahu meminta maaf keatas us.kashful kerana telah memalukan us. pd maiwp,guru dan mereka yg telah membaca komen ini.saya meminta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut.pada mereka yg membaca komen di atas,kami meminta maaf kerana kami tak berhajat hendak memalukan us/warde4n kami.biasalah semua ketua guru disiplin ramai org tak puas hati.buat salah kena denda tapi us kashful hanya menjalankan tugasnya sebagai pendakwah islam.dan saya mewakili pelajar putera mendoakan us menjadi seorang ulama yg dihormati,dicintai,termahsyur dan disegani.selamat berjaya dalam menyebar dakwah us dan kami pljr putera akan sentiasa menyokong us dari belakang.

FAIQ RASLEE said...

kami bangga mpunyai sorang warden yg baik spt ustaz kashful...saye selaku kepimpinan asrama sentiasa berada di belakang ustaz...saye tidak faham knp pljr2 zmn skrg krg HORMAT kpd guru yg tlh mcurahkn ilmu beliau...adakah anda fikir hak anda i2 penting sagt hge hilang batas2 dlm bertutur kate..kpd ust.Kashful..tabahkn hati..kami sentiasa berada di belakang ustaz...

uzair addin said...

Masa saya bersekolah atau di universiti dulu, tengok guru/pensyarh mmmmerit! takut dan hormat. yalah...sebab mereka yang didik dan ajar kita banyak perkara. Tengok cikgu/pensyarah datang, dari jauh kita dah beri laluan atau kita beredar ke tempat lain. Sekarang lain pula halnya....sibuk berbual atau bercakap di telefon tangan! Guru nak lalu pun buat tak tahu..Hinggakan kadang-kadang pensyarah yang besar sikit "frame"nya kena berusaha kecilkan "frame". Bukan apa, kalau yang perempuan tu, takut terlanggar punggung kang susah! yang lelaki pula takut terkena siku mereka, senok lah kita....siku orang muda ni keras dan bermuncung tajam! Ada juga yang masa kita ajar saja senyum meleret tapi bila dah masuk semester lain, macam tak pernah kenal pula! Saya ingat pelajar sekolah rendah masih ok lagi. Ada satu ketika masa saya berbual dengan anak di sekolah, seorang guru lalu berhampiran kami. Anak saya terus berhenti bercakap dan menoleh kepada guru tersebut dan berkata, "Assalamualaikum Cikgu!". Saya tengok yang lain-lain pun buat macam tu. Siap tunduk lagi. Aduhai, harap-harap adab ini diteruskannya....Aminnnnnnn...

cuba lah kita renung kan.....tanpa guru mesti kta ini jadi bodoh....
jadi hormat lah guru sebagaimana kita menghormati ibu bapa kita sendiri....TAKBIR, ALLAHUAKBAR.....

uzair addin said...

Kalau saya ditanya apa perbezaan paling ketara antara pelajar cemerlang dengan pelajar kurang cemerlang, saya akan katakan “Hormat kepada Guru“.

Saya telah banyak buat program disekolah-sekolah, kolej dan universiti. Malah saya sendiri ada mengajar di Pusat Tuisyen saya sendiri. Apa yang saya lihat, pelajar cemerlang sangat menghormati guru mereka. Perkara paling mudah untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru ialah dengan mendengar dengan teliti semasa guru bercakap. Fokuskan tumpuan anda kepada apa yang guru sedang katakan.

Walaupun kadangkala anda tidak faham apa yang guru anda katakan, bersabar dan teruskan dengar dengan teliti. kemudian, tanya guru anda apa yang anda masih kurang faham. Adakalanya guru tidak melayan soalan anda kerana mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Jadi, anda tanya guru anda di luar waktu kelas. Guru selalunya akan merasakan anda amat bersungguh-sungguh dalam pelajaran jika anda bertanya tentang pelajaran di luar waktu kelas. Jadi, mereka akan lebih mesra melayan soalan anda.

Jika anda masih kurang jelas mengapa hormat kepada guru itu penting, bayangkan anda hendak mengajar dua adik atau adik saudara atau sesiapa yang lebih muda daripada anda. Adik yang pertama sentiasa mendengar penerangan anda dengan teliti. Dia fokuskan perhatian kepada anda dan bercakap dengan anda dengan nada yang sopan.

Adik kedua pula tidak pernah fokus kepada anda. Kadangkala bila anda menerangkan sesuatu kepadanya, dia akan lihat ke arah lain, bermain dengan pensel, atau sibuk makan gula-gula. Kemudian, dia bising bila tak faham cara anda mengajar. Dia juga kadangkala bercakap kasar dan memberikan komen yang menyakitkan hati.

Soalan saya, adik yang manakah akan anda ajar dengan bersungguh-sungguh? Senang untuk menjawab soalan ini bukan? Jadi, jika pelajar yang tidak fokus, biadap dan suka membuat bising di dalam kelas tidak dipedulikan oleh guru, adakah itu pelik? Fikirkan…..

jadi,,,,hormatilah guru..........

Anonymous said...

kepada pelajarku.

manis untuk mu, hempedu untuk ku,
baik untuk mu , jahat pada mu,
baik ku balas, jangan jadi kacang lupakan kulit, tetapi hakikat nya,
kerana kacang kulit berjerawat,
jangan jadi sitanggang, yang jadi batu akhirnya, kerana derhaka kepada ibunya.jadi lah penguam yang membela nasib gurunya.jadi lah doktor yang yang merawat sakit dalam hati gurunya. jangan jadi penyakit yang menyakiti hati guru nya.jadilah manusia yang menghormati gurunya.jangan jadi orang-orang yang hanya ditegak di tengah sawah,jangan jadi malin kundang yang kecundang disebabkan tamak pada harta dunia.biarlah kamu jadi lokman nul hakim hakim yang bijak sehingga nama di sebut dalam al-quran.jangan burukan nama mulia mu dengan dosa.ingat kehidupanmu anatara azan dan solat.

Anonymous said...

assalamualaikom buat semua warga SMA-MAIWP.......

2009..!!
tahun pntg bg kami plaja ting 3...
PMR yg bakal di tempuhi.......
memrlukan pngorbann&kesungguhn dlm mnghadapinya..

walau onak duri melanda....
Hadapilah i2 sume dgn bantuan dr Yang Maha Esa...

Iman yang teguh berdri umpama bentng kekuatn diri...

Buat plaja2 semua...

Insafilah diri kita....
Muhasabahlah diri ini dgn slemh-lmhnya...
Pohon lah keampunan bg tindak tanduk yg telah banyk mngundg dosa...
Masa tidak mnuggu kiter...
kitalah yg perlu mngejar masa....
Lupakan kan slgala dendam d hati
Usah di kenang kmbli..

Duhai Sahabat Sekalian....

Ketahuilah
"kejayaan kita adalah amanah ibubapa.."

oleh i2..
Pintalah keberkatan di atas ilmu yg tlh dicuraahkn....

Jagalah adabmu tehdp insan yg tggi darjatnya di sisi Tuhan..

& mUjahid & mujahidah yg sntiasa redha dan tabah dlm mnjlnkn tugas...

Duhai Guru-guruku yg tersayang.....

maafkan kslahn kami...

tutur kata kami yg hanya mnyakitkn..

Tindk tanduk kami yg hanya mnyushkan...

Hanya 1 yg kami pinta duhai guru...
"BERKATILAH HIDUP KAMI:
"HALALKAN ILMU YG DI BERI"
"DOAKN KEJAYAAN BUAT PLAJAR2 SKOLAH INI"
"MAAFKAN TINDAk TANDUK KAMI.."

nasihat b00wat sAHABATKU...

*PMR 2009- 9`A di genggaman
*Moga dipermudahkn sgla urusn dlm PEMBELAJARAN....
*Hadapilah segla ujian dgn tabah dan sabar...
*Bnykn berdoa...
*sMoga berjaya...

"SETIAP PERKARA YANG BERLAKU, PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA..."



SEKADAR BINGKISAN HATI KECIL SEORANG PLAJA TINGKATAN 3....


dr insan yg lemah..

*MOHON MAAF BG YG TERLUKA
tidak trniat di hati kcil ini...
wsslam

Unknown said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sedih dan terharu membaca setiap komen dalam blog ini..sebenarnya setiap insan yang dijadikan Allah dimuka bumi ini sentiasa tidak berpuashati dengan apa yang ada..dan kadang-kadang ketidakpuasan hati itu menyebabkan orang lain merasakan dirinya tidak dihargai..tetapi sedarkah diri kita bahawa Rasulullah SAW berjuang hampir seluruh hidup baginda untuk memperjuangkan Islam.jadi kepada warga pendidik sma maiwp curahkan ilmu yang ada,biar berguni orang kata,cekalkan semangat,kuatkan azam bagi menabur ilmu untuk generasi yang kian lupa kepada ukhrawi.leka dengan keindahan duniawi..
Kepada anak-anak sma maiwp hargailah guru,taatkan ibu bapa kerana sesungguhnya setiap kekurangan ada kelebihannya..tugas anak-anak adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu yang ada..belakang parang jika diasah hari-hari tajam juga..tuntutlah ilmu tanpa jemu..