Assalamualaikum wbt,
Semoga ibadat yang kita lakukan selama ini diterima oleh Allah swt.
Alhamdulillah, setelah sebulan kita berada di Akademi Ramadhan, bukan sahaja kita berjaya menahan lapar dan dahaga, malah lebih bererti lagi kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Semoga tarbiah ini berterusan menjadi amalan yang berpanjangan.
Syawal adalah hari kemenangan yang harus dirai. Dalam meraikannya jangan lupa ada tugas besar di hadapan yang menanti. Bagi calon-calon PMR dan SMA, hari2 yang dilalui harus diguna sebaik mungkin, persediaan yang dibuat bukan sekadar untuk lulus tetapi untuk mencapai kecemerlangan dan usahanya juga bukan kepalang, iringilah dengan doa dan insyaallah kejayaan akan menanti.
Dikesempatan ini saya secara peribadi dan juga bagi pihak saf kepimpinan PIBG menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf atas ketidaksempurnaan kami dalam melaksanakan tugas ini, salah silap, kata-kata yang kurang menyenangkan dan tingkah laku yang sumbang, dan niat-niat yang tidak baik. Marilah kita sama-sama terus memberi sokongan dan sumbangan untuk kebaikan dan kecemerlangan agama, akademik dan sahsiah anak-anak kita khususnya dan Smamaiwp amnya.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin
Abdul Hayi Md Noh
Yang Dipertua PIBG Smamaiwp
1 comment:
Semoga perjuangan kita semua di berkati dan dirahmati Allah. Selamat berjuang dan selamat menyambut aidil fitri dari kami sekeluarga kepada semua warga SMA MAIWP. Harap dimaafkan segala kesalahan, zahir & batin.
Post a Comment