Pada 17 Julai 2010 lalu telah berlangsung Mesyuarat Agong kali ke-2, PIBG SmaMaiwp. Dengan kehadiran ibubapa yang pada mulanya amat mencemaskan, perlahan-lahan telah memenuhi dewan di Tingkat 3 Blok baru. Persidangan berlangsung dengan aman dan lancar.
Terimakasih kepada seluruh jentera, samada dari kalangan guru-guru dan murid-murid yang bertungkuslumus menyiapkan kemudahan persidangan ini. Juga terimakasih kepada ibubapa yang sudi hadir menunaikan tanggungjawab.
Tahniah kepada barisan Exco baru yang dipilih memimpin PIBG pada kali ini. Semoga kepercayaan yang diberi dapat diterjemah dengan sumbangan yang bermakna kepada sekolah, anak-anak, guru-guru dan ibubapa keseluruhannya. Tidak ketinggalan penghargaan dan ucapan terimakasih yang tak terhingga kepada mantan AJK lama yang telah menabur bakti dan idea kepada PIBG. Semoga jasa Tuan2 dan Puan2 akan diberi nilaian yang setimpal oleh Allah swt.
Insyaallah, maklumat penuh Exco baru akan dipaparkan di blog ini sedikit masa lagi.
Hai, dengar khabar YDP lama kekal, alamak dia lagi ke...aduhai...
5 comments:
Takziah kpd yg terpilih memikul beban amanah yg amat berat. Gerun juga dengar apa yg berlaku dlm peristiwa isra wl mi'raj.
-ustwan-
Itu yang sebenar yang ditakuti. Moga diberi kekuatan dan hidayah untuk menunaikan tanggungjawab ini
Syabas dan tahniah kepada semua exco baru yang dilantik. Semoga tuan/puan akan meneruskan usha mengeratkan hubungan ibabapa dan sekolah serta dapat memebri idea2 bernas demi kecemerlangan akan2 kita. Kepada YDP yang masih bertahan, sekalung tahniah dan teruskan perjuangan.
maaf, saya tukar view blog ni..
View yang cantik...
Post a Comment