Thursday, May 6, 2010

Terimakasih Ustaz Shahidin


Tanggal 6 Mei 2010 terpahat dalam lipatan sejarah, Pengetua yang dikasihi oleh seluruh warga SMAMAIWP merakamkan kad perakam waktunya buat kali terakhir.
Setelah berkhidmat selama lebih kurang 3 tahun di sekolah ini, Ustaz Shahidin bersara dari arus perkhidmatan awam sepenuhnya.
Kecemerlangan Akademik dan pengalaman yang luas dalam pentadbiran telah dicurahkan sepenuhnya untuk membina dan menyediakan asas untuk Smamaiwp. Dengan iltizam serta semangat serta kerjasama dari semua pihak Smamaiwp telah melakar sejarah yang amat cemerlang dalam peperiksaan PMR tahun lalu.
Segala usaha beliau akan dikenang sepanjang hayat, pesanan dan kata-kata perangsangnya akan menjadi pencetus semangat anak-anak didik dan bekas kakitangan serta AJK PIBG.
Mohon keampunan dan kemaafan sekiranya terdapat salah laku kami dan kata-kata yang mengguris, niat2 yang tidak baik serta apa saja yang tak berkenan di hati.

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

Acara Perpisahan yang penuh simbolik telah diadakan di Dewan Masjid Saidina Othman Affan yang tentu sekali akan meninggalkan kenangan abadi kepada Ustaz, sekali lagi terimakasih Ustaz Shahidin.

3 comments:

ritzaudeen said...

Jazakaullah Tuan Pengetua , semuga sejahtera selalu.

mansor said...

Segala jasa dan bakti Ustaz tidak akan kami lupakan. Semoga Ustaz akan terus berjaya dan menjalani kehidupan yang dirahmati Allah.

Fadzli said...

jazakumullahu khairan kathira tuan pengetua..semoga Allah membalas jasa baik tuan mendidik anak-anak kami..