Wednesday, December 30, 2009

Peralihan baru..

Pada 10 Ogos yang lalu, saya telah mengumumkan akan mengundur diri dari mengendalikan blog ini dan blog sma. Ia disebabkan proses peralihan biasa yang berlaku dalam kepimpinan PIBG. Namun disebabkan beberapa masalah, peralihan itu tidak berjalan lancar. Saya masih lagi mengepos beberapa catatan ke blog-blog ini. Hari ini, saya terserempak dengan Pencatat II dan beliau bersetuju untuk mengambilalih blog2 ini. Saya yakin blog-blog ini akan lebih sentiasa dikemaskini berita dan gambar2nya. Selamat maju jaya!

1 comment:

alhayi said...

Dirakamkan penghargaan kepada Pencatat atas sumbangan beliau menyemarakkan blog ini, hendaklah tidak terhenti setakat ini sahaja. Sumbangan beliau masih diperlukan, sentuhan dan idea yang bernas masih diharapkan...sudi sudikanlah ustaz yaaa...