Sunday, October 18, 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI SMAMAIWP 2009











Dengan tema Ukhuwah Lestari Selamanya, majlis yang telah berlangsung pada 17 Oktober 2009 ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Kehadiran ibubapa melimpah, juadah nasi minyak dan nasi impit hampir licin. Tak cukup dengan itu, untuk julung kalinya setiap kelas mengadakan 'rumah terbuka' masing-masing. Sekali lagi ibubapa dijamu dengan pelbagai juadah. Tambah teruja, kelas-kelas dihias indah, dengan dekorasi dan susunatur yang menyerlah kretiviti anak-anak kita. Sambil diadakan juga pertandingan hiasan kelas tercantik, pastinya yang menang adalah yang tercantik antara yang cantik-cantik.
Dari ucapan dan persembahan warga smamaiwp yang bersemangat dan amat menghiburkan, pastinya hadirin terhibur bukan sahaja halwa telinga bahkan, perut juga kekenyangan.
Terimakasih kepada semua yang menjayakan sambutan ini, dari Tuan Pengetua, GPK-GPK, Guru-Guru, anak-anak murid yang dikasihi, tidak ketinggalan ibubapa yang hadir. Mohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan dan ketidak sempurnaan majlis. Insyaallah jumpa lagi di lain program...




3 comments:

mansor yunus said...

Syukur alhamdulilah. Semua yang hadir pada hari itu rasanya cukup berpuashati. Sebelum menjamu selera, kita dijamukan dengan ucapan anak-anak.Mendengarkan ucapan mereka, amat tersentuh rasanya hati dengan apa yang diucapkan oleh setiap wakil pelajar. Semoga apa yang dihasratkan oleh anak-anak kita akan tercapai. Berkat bimbingan guru-guru serta dorongan dan komitmen ibu bapa sekelian, rasanya anak-anak kita berada di landasan yang benar dan teruskanlah memberi semangat dan dorongan kepada mereka.
Tentang acara makan hari itu, memang hebat sekali. Semuanya lazat belaka dan persiapan yang dijalankan oleh setiap kelas amat kreatif dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan pada masa yang akan datang, acara sambutan seumpama ini akan dapat dijalankan dengan lebih meriah dan hebat lagi .Kepada semua ibu bapa yang telah hadir, jutaan terima kasih dan tahniah kepada anda semua. Janganlah kita jemu untuk terus memberi semangat kepada anak-anak agar mereka akan terus menjadi insan yang berjaya dan dapat memartabatkan bangsa dan agama. Amin.

alidin said...

Syukur Alhamdulillah..rasa-rasanya tiada cacat celanya majlis yang dianjurkan.Semoga dengan tema "Ukhuwah Lestari Selamanya" akan menyisipkan lagi hubungan ukhuwah antara keluarga.pibg dan pihak sekolah.Terima kasih tuan Pengetua,YDP PIBG,guru-guru dan pelajar cemerlang SMA MAIWP.Semoga Allah membalas segala jasa pengorbanan yang telah dicurahkan. Amin.

Anonymous said...

saya sangat terharu dan berbesar hati atas inisiatif guru guru SMA MAIWP mengadakan majlis raya ini.Lebih-lebih lagi melihat bgmana bersemangatnya pelajar menjayakan majlis dan ntuk meraikan ibubapanya yg datang.Jazamukullah khairan kathira