Monday, October 5, 2009

PMR

Assalamualaikum wbt,
Dewan peperiksaan PMR akan dibuka pada 7 Oktober 2009 ini. Anak-anak kita akan melangkah masuk dengan debaran dan semangat. Diringi doa ibubapa dan guru. Segala usaha guru-guru selama ini yang menabur bakti mencurahkan ilmu dan menyuntik semangat akan mencambahkan hasilnya pada peperiksaan ini. Semoga usaha kalian diberkati.
Sebagai ibubapa, usaha telah dibuat sedaya mungkin dari sudut lahiriah juga rohaniah. Kepada Allah jualah kita berserah.
Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon restu kehadrat Ilahi semoga usaha kita diredhai. Dilapangkan dada anak-anak kita, diterangi hati mereka, dipermudahkan untuk mengingat, menghafal dan memahami pelajaran, diberi bantuan dan petunjuk, dimudahkan menjawab dan mengarang dengan baik dan betul, juga terpelihara kesihatan disamping tabah dan bersemangat tinggi untuk menghadapi peperiksaan ini. Di atas itu semua kita berdoa agar anak-anak kita mendapat keputusan yang memberangsangkan, insyaallah...Amin, Amin, Amin...ya Rabbal Alamin

2 comments:

mansor yunus said...

Amin Amin...Ya Rabbal Alamin. Selamat menempuhh peperiksaan kepada anak-anak semua. Semoga segala apa yang dicurahkan oleh para guru yang bijaksana akan dapat diterjemahkan kepada keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Tingginya harapan ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah SMA MAIWP tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Kami sentiasa mendoakan agar semua anak-anak tabah dan sabar menghadapi peperiksaan yang akan menentukan masa hadapan kelian. Segala usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak. Sekarang kita hanya berserah kepada Yang Maha Esa agar memberikan segala kekuatan dan semangat kepada anak-anak kita semua. To all of you- All the best and good luck and may you get thru with flying colours. Amin

Anonymous said...

Insyaallah sama-sama kita berdoa... ibu bapa dan guru-guru disini rasanya lebih berdebar dari anak-anak kita di sana... insyaallah berkat usaha ibu bapa, guru2 dan anak2 itu sendiri insyaallah akan dimakbulkan.. masanya telah tiba, apa yang bleh dibuat kini hanya berdoa dan bertawakal...yakinlah doa ibu bapa dan guru paling mustajab insyaallah...

Walaupun kami guru-guru tidaklah setanding pengorbanan ibu bapa mereka melahir dan membesarkan namun percayalah, kami menyayangi, mendidik dan membimbing mereka sama seperti anak sendiri, wallahualam, debaran ibu bapa sama saja dirasai oleh guru-guru.. tiada yang senang duduk hinggalah menerima keputusan kelak...

Tidak kira anak kita dari kelas mana, doa guru adalah sama untuk melihat anaknya sama berjaya... semoga anak sulung smamaiwp berjaya mencatat sejarah 100 % kelulusan bagi 9 subjek, insyaallah... beri anak kita semangat dorongan dan iringi mereka dengan doa insyaalh dipermudahkan perjuangan mulia mereka dalam menuntut ilmu dan menjadi insan yang berguna kelak untuk bangsa agama dan negara,,, wallahualam